22 Mei 2026
Aku Buat befday.com π
Setiap kali birthday, mesti ada kedai atau mana-mana jenama yang bagi freebies, voucher, diskaun atau hadiah istimewa.
Masalahnya, susah nak tahu siapa yang tengah bagi dan apa syarat untuk claim.
Sebab tu aku buat befday.com.
π https://befday.com
befday.com ialah platform untuk mencari birthday freebies, birthday voucher, birthday rewards dan pelbagai promosi hari jadi daripada jenama-jenama kegemaran.
Contoh listing birthday perks di befday.com.
Tak perlu lagi cari satu-satu atau terlepas tawaran sebab tak tahu ia wujud.
Tapi sebenarnya, ada satu sebab lagi kenapa aku bina befday.
Aku nak jadikan birthday sebagai sesuatu yang orang betul-betul nantikan setiap tahun. Bukan sekadar bertambah umur, tapi hari yang penuh dengan kejutan, hadiah, pengalaman menarik dan perkara yang boleh diraikan.
Kalau setiap kali orang fikir, βEh, birthday aku dah dekat.β dan perkara pertama yang mereka buka ialah befday.com, bagi aku itu dah cukup bermakna.
Harapan aku simple.
Aku nak befday.com jadi tempat pertama yang orang buka bila nak cari birthday freebies dan birthday voucher dan lama-kelamaan menjadi tempat yang buat orang lebih teruja, lebih menghargai dan lebih tertunggu-tunggu untuk menyambut hari lahir mereka. π